NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rashid bawa ke mahkamah jika Selat Klang diumum kosong

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari tidak melihat situasinya sama dengan pengosongan kerusi di Nenggiri, Kelantan.


PETALING JAYA: Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari akan merujuk kepada mahkamah untuk membuat tafsiran sebenar kedudukannya, jika speaker mengumumkan kekosongan kerusi.

Katanya, situasi pengosongan kerusi DUN Nenggiri di Kelantan adalah berbeza, sambil menyifatkan pengisytiharan kekosongan dibuat ‘terburu-buru’.

“Mungkin saya akan bawa ke mahkamah, sebab kalau ikutkan peruntukan undang-undang negeri, sekiranya saya dipecat, ‘expulsion’ atau ‘expelled from the party’, speaker tidak wajib (arah) mengosongkan kerusi, tetapi kalau saya sendiri keluar daripada parti, masuk parti lain atau dituduh di mahkamah dan sebagainya, itu barulah boleh kosong.

“Tetapi, kalau dipecat daripada parti itu merupakan undang-undang negeri. Insya-Allah, kalau betullah dikosongkan mungkin saya akan bawa ke mahkamah untuk mendapatkan tafsiran daripada mahkamah bagaimana,” katanya menurut Utusan Malaysia di Shah Alam.

Bagaimanapun, Rashid menghormati Speaker DUN Selangor Lau Weng San dan menunggu keputusannya untuk menentukan kedudukan sebagai wakil rakyat di kawasan Selat Klang.

Sebelum ini ketua pembangkang yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Azmin Ali, menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi Selat Kelang kepada Lau berikutan keahlian Rashid sebagai ahli Bersatu terhenti.

Semalam, dalam sidang DUN Selangor, Lau berkata Rashid ditempatkan sementara antara blok pembangkang dan kerajaan, mengambil kira statusnya yang tidak mempunyai keanggotaan dalam mana-mana parti ketika ini.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo