NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Jadi Mangsa Ekonomi Madani

Rakyat Mangsa Ekonomi Madani

Perbelanjaan isi rumah akan meningkat dengan lebih mendadak berbanding 2023 dengan unjuran peningkatan 5% kepada RM904.6 bilion.

Jumlah perbelanjaan ini bakal berlaku pada kadar pertumbuhan yang sama seperti tahun 2015 hingga 2019 menurut kajian BMI.

Namun jika dibandingkan dengan tahun tersebut, harga barang jauh lebih rendah. Subsidi masih boleh dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat. 

Berbeza dengan harga barang, kenaikan cukai, penarikan subsidi, harga bahan api dan inflasi yang berlaku hari ini.

Dasar dan polisi kerajaan hari ini ingin mengalih pendapatan tinggi yang dimiliki sebahagian rakyat kepada bayaran terpaksa kepada kerajaan melalui cukai yang tinggi dan penafian subsidi.

Maka, corak perbelanjaan golongan ini yang telah banyak menyumbang kepada kerancakan ekonomi pasca Covid-19 akan turut terkesan.

Apa yang mampu dikawal dan diubah oleh kerajaan tidak berlaku sebaiknya. Dasar ekonomi yang dijalankan hari ini bertumpu kepada imej negara seperti penghapusan hutang dan pungutan hasil negara.

Rakyat tetap semakin miskin kerana dasar yang mengecilkan kuasa berbelanja dan tidak seimbang antara memajukan ekonomi negara dengan ekonomi rakyat.

Walaupun perbelanjaan meningkat, kos sebenar tidak mampu ditampung oleh kebanyakan rakyat dan pendapatan mereka masih terjejas.

Sekian

Zurk Ahmad
Ketua Penerangan PAS Selangor

Sumber | Facebook


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo