Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil menyifatkan Rafizi Ramli pengecut kerana telah beberapa siri debat yang dicadangkan dengan Menteri EKonomi itu namun belum menjadi kenyataan berikutan pelbagai alasan yang diberikan.
“Kali ini sudah tiga kali saya ajak dia berdebat dan dia lari dan beri pelbagai alasan.
Sebab itu saya kata dia ini pengecut dan penakut, dia hanya berani cakap berdegar-degar depan penyokong-penyokong dia dan depan UMDAP sahaja, depan rakyat dan orang yang tak ada jawatan macam saya pun dia takut.”
Isham dalam kenyataan di Facebook berkata sikap Rafizi yang sentiasa melarikan diri bukan hanya bermula ketika ini tetapi sejak beliau masih menjadi berada dalam parti UMNO antaranya isu LCS, Penang South Island dan sebagainya.
“Mereka jadi menteri melalui hasutan, pembohongan dan janji-janji palsu. Sudah jadi menteri membohong lagi dan elak tunai janji. Sudahlah penghasut dan pembohong, penakut pula. Inilah dia pengecut telur turun tiga sen bernama Rafizi,” katanya.
Sumber : FB Isham Jalil
#boikotsampaimerdeka
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
https://www.youtube.com/@beritapertiwi
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment