NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad dakwa PAS hanya berlakon padahal jadi ‘Pak Turut’ Gerakan

Puad Zarkashi berkata Gerakan ‘tiada tempat lain untuk mengemis’ jika keluar Perikatan Nasional.



PETALING JAYA
Seorang pemimpin Umno meramalkan Gerakan tidak akan keluar Perikatan Nasional (PN) susulan perbezaan pendapat rakan komponen gabungan itu mengenai isu dana sekolah Cina.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, mendakwa Gerakan yang dipimpin Dominic Lau hanya mengugut untuk keluar PN.


(Gerakan) parti nyamuk. Hanya melukut tepi gantang, mana berani keluar PN. Tiada tempat lain untuk mengemis,

 katanya di Faceook.

Malah, Puad turut menyifatkan ‘pertelingkahan’ itu hanya lakonan semata-mata dengan mendakwa PAS cuba menggunakan isu arak demi mendapatkan kuasa.


Percayalah, apabila PAS dapat kuasa nanti, parti itu akan ikut sahaja cakap Gerakan pasal arak, semua jadi harus,

 dakwanya.

Pada 28 Julai lalu Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong berkata parti itu tidak teragak-agak keluar PN dan mereka kekal teguh menyokong serta mempertahankan usaha sekolah Cina mengumpul dana walaupun terdapat ancaman tidak munasabah daripada sekutunya.

Menyusuli kenyataan itu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar PN kerana setiap parti ada hak dan pendirian.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo