NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad bantah sekiranya ‘Azizi’ dipertandingkan

Puad Zarkashi berkata bekas ahli Umno yang kembali tidak perlu berikrar tidak akan melompat parti lagi, melainkan jika dipilih sebagai calon pilihan raya.


PETALING JAYA
Bekas ahli yang kembali ke pangkuan Umno tidak seharusnya dibenarkan bertanding jawatan parti atau dikembalikan ke jawatan yang disandang sebelum keluar, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi.

Katanya, mereka juga tidak layak untuk bertanding untuk sebarang jawatan untuk tempoh tertentu.


Jika mereka keluar parti selepas diterima semula, bukan Umno yang rugi. Mereka telah diberi peluang. Mereka hanya akan mencemarkan nama baik sendiri (dengan keluar semula),

 katanya kepada FMT.

Minggu lalu, Naib Presiden Umno Johari Ghani berkata bekas ahli yang mahu pulang ke pangkuan itu perlu diminta berikrar tidak akan melompat parti lagi.


Beliau berkata Umno mengalu-alukan kepulangan bekas ahli, tetapi mereka perlu mengikut prosedur ditetapkan, antaranya masuk sebagai ahli biasa, walaupun pernah memegang jawatan kepimpinan sebelum berpaling tadah.

Bagaimanapun, Puad berkata ikrar kesetiaan hanya diperlukan kepada ahli parti yang telah dipilih sebagai calon pilihan raya.

Katanya, akuan berkanun yang berjanji tidak akan melompat hanya sesuai untuk mereka yang bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti.

Beliau berkata ini bagi mengelakkan mereka beralih sokongan selepas menang atas tiket Umno dan menggunakan dana parti serta jentera pilihan raya.


Tambahnya, rakyat akan mengundi mereka berdasarkan parti yang mereka wakili.

Puad, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, berkata sudah memadai bagi mereka yang dipecat atau digantung menerima syarat ketat untuk kemasukan semula ke dalam Umno.

Bagaimanapun, mereka yang dipecat selepas diterima semula tidak boleh dibenarkan menyertai semula parti.

Seorang bekas ahli, Tun Faisal Ismail Aziz yang dipecat awal tahun lalu berkata Johari harus menumpukan perhatiannya kepada mereka yang digantung kerana mereka kekal sebagai ahli parti dan masih mengharapkan jawatan, wang dan ganjaran lain.


Sebab itu mereka belum keluar Umno lagi, katanya. “Bagi bekas ahli parlimen dan Adun, mungkin mereka ingin bertanding semula di kerusi yang diisytiharkan kosong selepas pengkhianatan mereka.

Tambahnya, bekas ahli Umno seperti itu tidak berkualiti dan ahli parti tidak mungkin mempercayai mereka lagi.

Tun Faisal, bekas timbalan ketua Umno Putrajaya, menyertai Bersatu tahun lepas.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo