NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Sungai Bakap: Terdapat sedikit peralihan undi Melayu - Rafizi



SHAH ALAM - Terdapat sedikit peralihan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap namun keputusan masih dipengaruhi oleh calon pilihan pengundi.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, 70 peratus kaum Melayu keluar mengundi diikuti India (58 peratus) dan Cina (47 peratus).

“Dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sg Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu (saluran-saluran bertukar dari Melayu-Bukan Melayu 55:45 kepada 75:25),” katanya menerusi Facebook pada Sabtu.

Setakat 4 petang tadi, sebanyak 57.7 peratus pengundi daripada 39,151 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu DUN Sungai Bakap.

Secara keseluruhan, 39,279 pengundi berdaftar layak mengundi dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis, namun tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas setelah SPR mengeluarkan 128 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr. Joohari Ariffin, 60, dari Pakatan Harapan (PH) dengan Abidin Ismail, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN).



Sumber | Sinar Harian 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo