NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Nenggiri: Umno Gua Musang cadang tiga calon muda

Umno Gua Musang mencadangkan tiga calon muda kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih sebagai individu yang akan mewakili BN.


GUA MUSANG: Umno Gua Musang menyenaraikan nama tiga calon muda untuk dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti bagi memilih individu yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Nenggiri, bulan depan.

Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata keputusan itu berdasarkan kriteria yang diinginkan parti, selain mengambil kira faktor pengundi daripada golongan muda di DUN Nenggiri sebanyak 62.5%.

“Kita rasa orang muda patut ambil bahagian dalam PRK DUN Nenggiri ini. Kita yakin keputusan ini tepat kerana sebanyak 62.5% pengundi terdiri daripada golongan muda.

“Kita telah mencadangkan tiga nama yang semuanya calon muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Gua Musang di Balai Rakyat Bukit Cekati.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala 17 Ogos sebagai hari mengundi.



Sumber | Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo