NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Nenggiri: Tiada pertelingkahan dengan Bersatu



KOTA BHARU - Tiada sebarang pertelingkahan antara Pemuda dan Muslimat Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) walaupun dua sayap Pas itu membuat kenyataan terbuka untuk meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, status quo kerusi DUN itu milik Bersatu tetapi sebahagian besar jentera Pas berhasrat menghantar calon mereka.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan lanjut akan dilakukan bersama Perikatan Nasional (PN).

"Kita akan bincangkan secara baik selepas ini. Sudah pasti mereka sudah ada nama calon tertentu tetapi di luar pengetahuan saya," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sini.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PN yakin Nenggiri akan dimenangi PN dengan majoriti yang selesa.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemenangan PN di DUN Sungai Bakap membuktikan rakyat menolak kepimpinan berdasarkan majoriti lebih besar.

"Kemenangan menandakan satu protes yang juga isyarat daripada rakyat menolak polisi kerajaan," katanya.

PN berjaya mengekalkan kedudukan kerusi DUN Sungai Bakap selepas calon mereka Abidin Ismail, 56, menang dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.


Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo