Khalid Samad mengaku dirinya mungkin tidak disenangi ahli Umno Kelantan kerana kelantangannya mengkritik bekas perdana menteri Najib Razak. |
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad, berkata beliau menghormati ketetapan Umno Kelantan menyaring pemimpin kerajaan perpaduan baik daripada BN atau PH oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahmad Jazlan Yaakub.
Razaleigh, ketua Umno Gua Musang atau lebih dikenali Ku Li dilantik pengarah bagi pilihan raya 17 Ogos itu manakala Jazlan bertindak pengarah operasi.
Bekas menteri wilayah persekutuan itu mengaku dirinya mungkin tidak disenangi ahli Umno di negeri tersebut kerana kelantangannya mengkritik bekas perdana menteri Najib Razak dan tidak bersetuju pengampunan diberi kepadanya.
Maka sekiranya kehadiran saya tidak membantu, lebih baik tak turun kempen,
kata Khalid kepada FMT sambil menegaskan hak Umno untuk tidak membenarkan mana-mana pemimpin berkempen kerana kerusi itu ditandingi mereka.
Kita bantu menang termasuk ‘tidak’ turun berkempen sekiranya dianggap mendatangkan masalah.
Semalam, Ketua Penerangan Umno Kelantan Kelantan Zawawi Othman berkata tapisan itu perlu dibuat bagi memastikan kempen sesuai untuk kumpulan sasar dalam memenangi PRK Nenggiri pada 17 Ogos depan.
Ketua Pemuda PH Kelantan, Hazmi Hassan, senada untuk menghormati pendirian Umno memandangkan Ku Li pemimpin yang berpengalaman dan sangat dekat dengan pengundi di Gua Musang.
Langkah ini (tapisan pemimpin hadir kempen) menunjukkan pimpinan kerajaan perpaduan serius untuk masuk ke PRK dan menang sebagai mesej rakyat Kelantan menerima kerajaan perpaduan,
katanya.
PRK Nenggiri diadakan selepas Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada Pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong apabila dimaklumkan Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli Bersatu.
Menurut Bersatu, keahlian Azizi dihentikan selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dipilih Adun Nenggiri pada PRN Ogos tahun lalu selepas menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment