KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan memastikan calon yang mewakili gabungan tersebut mampu mempertahankan DUN Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, biarpun DUN berkenaan mempunyai potensi besar untuk dipertahankan PN, namun calon yang berpotensi boleh membantu.
Kata beliau peluang kemenangan memang ada, namun PN perlu memilih calon yang kuat untuk mengekalkan DUN Nenggiri.
“Biasalah, PRK bergantung kepada kekuatan calon. Kalau calon boleh menarik pengundi ia akan memberi kemenangan,” katanya kepada media ketika mengunjungi Festival Keris dan Warisan Kelantan di Istana Balai Besar di sini semalam.
Pameran itu mengetengahkan lebih 300 keris dan dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Pameran tersebut akan berakhir 31 Julai ini.
Menurutnya juga sudah menjadi amalan PN sebelum ini agak lewat mengumumkan calon yang akan bertanding.
“Bagaimanapun jentera kita sudah bergerak, cuma tidak diumumkan calon sahaja itu tiada ada masalah.
“Sama juga seperti kita nak kenduri, semua sudah lengkap dengan persiapan tetapi pengantin sahaja yang belum diumum,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/7/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment