NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN pengganti BN, Wardah sebenar perjuangan orang Melayu




Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, keputusan beliau untuk menyertai parti BERSATU bukan dengan menjual nama Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

 

Katanya, beliau sudah lama kecewa dengan UMNO yang tetap tidak berubah, ditambah isu Titah Adendum melihat Najib sekali lagi terpedaya dengan drama dan wayang dari rakan-rakan sekeliling.

 

Malah katanya, mustahil Menteri-menteri UMNO tidak tahu samada Adendum itu wujud atau pun tidak.

 

Ujar Noh, beliau tekad memilih sertai BERSATU kerana menganggap memperjuangkan nasib orang Melayu.

 

“Saya memilih parti BERSATU kerana saya lihat wadah perjuangan parti ini, adalah wadah perjuangan untuk orang-orang Melayu seperti perjuangan UMNO asal yang kini sudah menjadi UMDAP.

 

“PN pula boleh menggantikan BN yang hidup segan mati tak mahu,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Sumber : FB Noh Omar


#boikotsampaimerdeka


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo