NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pintu pagar balai polis ditutup 10 malam

Dalam kejadian pada 17 Mei lalu, dua anggota polis maut dan seorang cedera selepas seorang lelaki berusia 21 tahun menyerang Balai Polis Ulu Tiram di Johor.


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan susulan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor baru-baru ini.

Menterinya Saifuddin Nasution Ismail berkata arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan masyarakat untuk ke balai polis dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas.

“Kita perlu imbangi (langkah-langkah keselamatan) kerana balai polis adalah tempat rakyat mengadu, tetapi pada masa sama, balai polis juga menjadi sasaran, jadi kita imbangkan antara dua keperluan itu.

“Insiden di Ulu Tiram, saat itu ada dua orang yang berurusan dengan anggota polis (di dalam balai) dan ketika itu serangan berlaku,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Richard Riot (GPS-Serian) yang bertanyakan langkah-langkah memperketatkan keselamatan balai polis ekoran insiden 17 Mei lepas itu menyebabkan dua anggota polis Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terbunuh selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan parang.

Turut maut dalam insiden itu adalah suspek berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota polis, Mohd Hasif Roslan mengalami kecederaan akibat ditembak.

Saifuddin berkata ekoran peristiwa di balai polis itu, tindakan segera polis adalah memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah, balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran.

Beliau berkata antara arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara adalah berhubung kekerapan mengadakan rondaan sekitar kawasan balai di samping keperluan meneliti keadaan fasiliti balai polis contohnya lampu dan pagar untuk ditambah baik.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo