NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pimpinan tak sekat hasrat PAS Gua Musang tanding Nenggiri, kata Amar

PAS Gua Musang berharap calon parti itu diberi laluan bertanding PRK DUN Nenggiri dengan alasan ada kebimbangan episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan. 


PETALING JAYA: PAS tidak menghalang hasrat bahagiannya di Gua Musang untuk bertanding PRK Nenggiri, namun menegaskan keputusan muktamad akan dibuat Perikatan Nasional (PN), kata Naib Presiden Mohd Amar Abdullah.

Amar berkata, tiada sekatan untuk PAS Gua Musang mencadangkan perkara itu yang disuarakan ketuanya Azman Ahmad semalam, dengan alasan ada kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.


“Hasrat dia kita nak kata macam mana, takkan nak sekat perasaan dan hasrat dia…(PAS Gua Musang) boleh bagi pandangan.

“Sementara ini sesiapa boleh bagi pandangan sebab belum (ada) keputusan muktamad. Tapi akhirnya kena tunggu keputusan akhir (PN),” katanya kepada FMT.

Semalam, FMT melaporkan PAS Gua Musang berharap calonnya diberi laluan bertanding PRK Nenggiri pada 17 Ogos dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.

Azman mendakwa tindakan Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu berpaling tadah selepas menang memberi kesan dalam kalangan pengundi di kerusi bawah Parlimen Gua Musang itu.

Jumaat lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata partinya sedia meletakkan calon mewakili PN di kerusi terbabit yang dirampas daripada Barisan Nasional (BN) pada PRN Ogos lalu.

Azizi yang bertanding bawah logo PAS ketika itu menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada BN dengan majoriti 810 undi.


DUN Kelantan mengumumkan kekosongan luar jangka kerusi itu berkuat kuasa 19 Jun lalu selepas Bersatu menyerahkan notis pelucutan keahlian Azizi.

Terdahulu, Ketua Bersatu Kelantan Kamaruddin Md Nor memaklumkan pihaknya akan menyerahkan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon PN kepada pimpinan parti selewat lewatnya akhir minggu depan.

Kamaruddin turut menyarankan Azman mengemukakan keinginannya kepada kepimpinan PN jika mahu bertanding di DUN berkenaan.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo