NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH-Kampar tidak terima tindakan pembangkang terima Adun yang ‘lompat parti’

Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin berkata tindakan pembangkang memakai lilitan reben putih di Dewan Rakyat sebagai hipokrit.



KUALA LUMPUR
Seorang Ahli Parlimen kerajaan berkata tindakan PAS membuat pengumuman di Parlimen mengenai kemasukan Adun Rembia, Muhamad Jailani Khamis dalam parti itu sebagai menghina Dewan Rakyat.

Chong Zhemin (PH-Kampar) juga menyindir pembangkang memakai reben putih sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi bekas wakil rakyat Bersatu sebagai hipokrit.

“Ini satu penghinaan paling besar bagi Parlimen kerana Parlimen telah luluskan akta antilompat parti.

Kalau tak sokong lompat parti buka reben (putih). Cakap tak serupa bikin…hipokrit paling besar,

 katanya ketika mencelah di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengadakan sidang media di Parlimen dan mengumumkan Jailani yang digantung Umno sudah menyertai parti itu pada 10 Jun tahun lalu.

Takiyuddin juga berkata, Jailani tidak perlu mengosongkan kerusi kerana beliau diterima sebagai ahli PAS sebelum undang-undang antilompat parti diluluskan DUN Melaka.

Chong juga meminta penjelasan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau sama ada sidang media Takiyuddin itu dibenarkan dibuat di Parlimen.

Bagaimanapun, Alice berkata Chong boleh meminta penjelasan daripada Johari nanti.

Pada PRU14, Jailani bertanding di kerusi DUN Rembia atas tiket Pakatan Harapan (PH), namun beliau kembali ke pangkuan Umno pada 2021 selepas meninggalkan parti itu pada 2016.

Jailani kemudian mempertahankan kerusi Rembia atas tiket BN pada PRN 2021 selepas menewaskan empat pencabar dengan majoriti 860 undi.

Bagaimanapun, beliau mengumumkan tidak menyokong pentadbiran Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh pada 2023 dan dilihat menghadiri program PN.

Susulan tindakan itu, Jailani diberi surat tunjuk sebab oleh Umno sebelum keahliannya digantung.




Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo