NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PERKASA cadang kerajaan fokus sekolah satu aliran sahaja




Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa supaya kerajaan pertimbangkan semula peruntukkan dana kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sekiranya ada lagi pihak yang cuba pertahankan penyaluran dana daripada syarikat arak kepada sekolah.


Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran sahaja kerana fungsi SJKC dilihat gagal menyatukan perpaduan kaum di negara ini.


“PERKASA ulangi pendirian untuk kekal menyokong Kementerian Pendidikan dalam mengekalkan garis panduan sedia ada untuk melarang sebarang pameran dan prmosi arak di premis sekolah.


“Isu arak ini adalah isu moraliti, Dalam kita hendak melahirkan pelajar yang cemerlang tetapi malangnya sumber dana berkenaan datang dari hasil yang tidak sepatutnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.


#BoikotSampaiMerdeka #TvPertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo