NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Pergi tanya Pan-gon apa dia maksudkan dengan bahaya' - Tunku Ismail



ISTILAH 'bahaya' yang menjadi alasan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mahu mendedahkan faktor utama beliau meletakkan jawatan dipersoalkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail juga meminta semua pihak sama ada penyokong, ahli politik dan pihak media untuk meminta Pan-gon lebih spesifik menjelaskan mengenai perkataan 'bahaya' itu.

"Apa susah. Pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan 'bahaya'. Penyokong, ahli politik dan pihak media. Tanya apa maksud dia bahaya. Jelaskan dengan lebih spesifik.

"Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Terus terang.

"@RimauXI awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja.

"Jadi ini semua lagi satu konspirasi teori yang dicipta?," tulis Tunku Ismail yang memberikan respon hantaran video sidang akhbar Pan-gon yang diciap oleh akaun @RimauXI.

Pada sidang akhbar khas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Selasa, pengendali kelahiran Korea Selatan itu enggan mendedahkan faktor utama selain alasan peribadi yang menjadi punca beliau meletakkan jawatan.

Menurut Pan-gon, alasan itu hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin selepas beliau meluahkan segalanya dalam beberapa perbincangan yang berlangsung.



Sumber | Sinar Harian 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo