NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk bantah kemungkinan PJD Link dihidup semula

Jurucakap Gempita Dhanaraj Arumugam (berbaju belang biru) bersama penunjuk perasaan lain pada protes yang diadakan di Bandar Kinrara 2 hari ini.



PUCHONG
Penduduk beberapa kawasan kejiranan yang berpotensi terjejas akibat Lebuh Raya Penyuraian Petaling Jaya (PJD Link) mengadakan protes hari ini membantah kemungkinan projek itu dihidupkan semula.

Jurucakap Gerakan Menentang Penilaian Tebuk Atap (Gempita) Dhanaraj Arumugam berkata, penduduk kecewa dengan keputusan kerajaan Selangor untuk mengkaji semula projek PJD Link berikutan pelarasan oleh pemaju.


Kami juga kecewa kerana kerajaan negeri tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat atau sentimen di lapangan,

 katanya kepada FMT ketika ditemui pada protes di Bandar Kinrara 2.

Kami harap projek itu tidak akan dihidupkan lagi. Kami tidak mahu kerajaan berbolak-balik dalam isu ini.

Gempita adalah sebuah organisasi berdedikasi menghalang projek PJD Link, yang dipercayai akan menyebabkan kemudaratan alam sekitar kepada kawasan sekitarnya.

Dhanaraj berkata, bantahan itu disokong penduduk Kampung Tunku, Taman Paramount, Taman Kinrara, Bandar Kinrara dan Damansara.

Berdasarkan pemerhatian FMT, sambutan terhadap protes itu sederhana, hanya disertai kira-kira 10 orang, namun beberapa pengguna jalan raya yang lalu-lalang menunjukkan sokongan dengan membunyikan hon.

Mengikut perancangan, PJD Link akan menghubungkan utara dan selatan Petaling Jaya, melalui Petaling Jaya Utara, Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; pusat bandar Petaling Jaya; Taman Dato’ Harun; Taman Medan Baru; Taman Sri Manja; Bandar Kinrara; dan Taman Teknologi Bukit Jalil.

Pada 4 Julai, Exco Pertanian dan Infrastruktur Selangor Izham Hashim berkata, usul terbaru projek PJD Link akan dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri untuk semakan lanjut.

Keputusan ini dibuat susulan permintaan kerajaan persekutuan supaya negeri itu menyemak semula sama ada pelarasan pemaju kepada lima atau enam lokasi boleh diterima.

Pada April, kerajaan persekutuan mengumumkan projek itu tidak akan diteruskan selepas syarikat konsesi gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.

Tahun lepas, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari juga berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk memansuhkan projek PJD Link. Bagaimanapun, beliau kemudian meminta pemaju merundingkan semula jajaran projek itu dengan kerajaan persekutuan.

Dhanaraj menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada menambah baik prasarana pengangkutan awam, bukan membangunkan lebuh raya lain yang menurutnya akan memberi kesan negatif kepada persekitaran sosial dan alam sekitar di sepanjang laluan yang dicadangkan.

“Kami harap kerajaan akan batalkan projek ini secara kekal. Jangan terus bangkitkan (projek ini).

Sebaliknya, lebih baik kerajaan tumpu kepada menaik taraf pengangkutan awam,

tambahnya.

Dhanaraj turut menyelar penilaian impak sosial (SIA) terkini yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding, mendakwa ia tidak menangani kebimbangan penduduk, seperti potensi penurunan nilai hartanah jika projek itu diteruskan.

Kami mahu syarikat perunding baharu dilantik dan SIA (dilakukan secara) telus dan disemak oleh orang awam, tambahnya
.


Sumber | FMT Malaysia 













........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo