NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemuda, 6 negeri Bersatu sokong cadangan ‘formula’ pemilihan Muhyiddin

Cadangan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin akan menyaksikan Timbalannya, Ahmad Faizal Azumu memberi laluan kepada Hamzah Zainudin bagi jawatan nombor dua itu pada pemilihan parti Oktober ini. 



PETALING JAYA
Sayap Pemuda dan Bersatu di beberapa negeri menyokong cadangan Presidennya, Muhyiddin Yassin melaksanakan 
formula
 transisi kepimpinan dalam pemilihan parti Oktober ini.

Ia terdiri daripada Bersatu Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan.

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam kenyataan berkata, langkah itu mampu mewujudkan keharmonian, kesepaduan dan kestabilan dalam parti bagi mendepani cabaran politik semasa.

Katanya, fokus utama Bersatu ialah menjadi pembela rakyat ketika kerajaan gagal mendengar keluhan mereka.

Ketua Bersatu Pahang, Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu dapat mengelakkan pertembungan yang boleh memecahbelahkan parti dan memastikan tiada tokoh tercicir.

Ia rancangan penggantian bijaksana yang dilakukan melalui proses syura melibatkan semua pihak berkaitan.

Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker pula menyifatkan ia transisi kepimpinan strategik melalui rundingan bersama bagi mencapai muafakat organisasi dan langkah bijak bagi mengukuhkan perpaduan serta keharmonian dalam organisasi.

Ketua Bersatu Johor, Sahruddin Jamal berkata, pemilihan parti patut diadakan secara harmoni bagi memastikan parti terus kuat, manakala ahli dan pimpinan perlu lebih fokus kepada pertandingan sebenar, iaitu PRN dan PRU16.


Saranan Muhyiddin ialah langkah bertanggungjawab dan bijak supaya jentera parti tidak beralih fokus untuk kekal memperjuangkan hak rakyat dan menjadi semak imbang kepada kerajaan,

 katanya dalam kenyataan.

Muhyiddin dalam Konvensyen Bersatu Sabtu lalu dilaporkan memberi bayangan tiada pertandingan jawatan tertinggi parti susulan kata sepakat selepas rundingan diadakan.

Beberapa bulan lalu, katanya, terdapat usul memintanya 

campur tangan

 bagi mengelakkan perpecahan.

Beliau berkata, Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu sedia berundur ke jawatan naib presiden untuk memberi laluan kepada Hamzah Zainudin memegang jawatan nombor dua itu, manakala Azmin Ali ditawarkan jawatan setiausaha agung yang disandang Hamzah ketika ini.

Tetapi, Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee dilaporkan berkata, ia sekadar cadangan dan tiada usul dikemukakan untuk mengekalkan sebarang jawatan dalam parti tanpa bertanding.

Khamis lalu, FMT melaporkan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan bahagian tidak senang dengan rancangan Muhyiddin untuk pemilihan parti kerana merasakan pendekatan itu direka bagi melindungi individu tertentu.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo