NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin PN tidak mahu jumpa Zahid, fokus kukuhkan komponen PN, kata Tun Faisal




Pemimpin pembangkang tak mahu berjumpa dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka sering berbohong dan mungkin janji, kata Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.


Justeru, bekas pemimpin UMNO itu berkata, kenyataan yang dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung dakwaan Zahid ada kebenarannya dan parti komponen Perikatan Nasional lebih tumpu kepada usaha mengukuhkan kerjasama bagi berdepan pilihan raya akan datang.


Bagaimanapun, katanya, mungkin terdapat pertemuan tidak rasmi tanpa melibatkan Zahid kerana terdapat kem UMNO yang sudah hilang kepercayaan terhadap presiden parti itu dan berpandangan kerjasama dengan Pakatan Harapan dilihat lebih memudaratkan UMNO dari mata pengundi Melayu Islam.


“Apapun, jelas keyakinan terhadap Zahid semakin hilang dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri dan usaha sedang digerakkan untuk menghentikan kerjasama dengan PH demi masa depan UMNO.


“Hakikatnya, Zahid cuma memang dengan 348 undi majoriti dalam PRU15 dan berkemungkinan boleh dikalahkan di Bagan Datuk pada PRU16,” katanya kepada TV Pertiwi.


#BoikotSampaiMerdeka 

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo