NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin PAS akui perlu bentang ‘pencapaian’ SG4 secara rasmi

Penganalisis berpendapat tidak cukup untuk PAS menganjurkan ceramah politik untuk menghebahkan kejayaannya di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis. 


PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mengakui kumpulan empat negeri ditadbir PAS (SG4) perlu menghebahkan pencapaian secara rasmi agar diketahui rakyat untuk membuktikan kemampuannya.

Bercakap kepada FMT, beliau menjelaskan berkemungkinan semua maklumat itu akan dibentangkan pada sambutan khas penubuhan SG4 untuk menunjukkan kejayaan mereka di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, ketika ini gerak kerja dijalankan menteri besar di empat negeri terbabit iaitu Sanusi Nor (Kedah), Mohd Nassuruddin Daud (Kelantan), Ahmad Samsuri Moktar (Terengganu) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis) berada di landasan tepat.

“Kita sambut baik cadangan dari penganalisis supaya kita bentangkan laporan secara rasmi walaupun pencapaian SG4 ini telah dilaporkan dalam akhbar Harakah sebagai lidah rasmi dan platform media sosial,” katanya kepada FMT.

Fadhli mengulas saranan penganalisis supaya PAS perlu menghebahkan pencapaiannya menerusi SG4 yang hampir setahun ditubuhkan untuk menunjukkan kesediaan ‘melangkah’ ke Putrajaya.

Semalam, FMT melaporkan Zaireeni Azmi dari Universiti Sains Malaysia berkata pentas ceramah politik sahaja tidak memadai untuk membuktikan kemampuan pentadbiran PAS sebalik menunjukkan data SG4 untuk meyakinkan pengundi luar sasarannya seperti komuniti bukan Melayu.

Beliau menyarankan sambutan khas SG4 September depan dimanfaatkan untuk untuk menyebarkan pencapaian SG4 setakat ini antaranya mengadakan sesi dialog dengan ahli akademik dan libat libat urus bersama orang ramai.

SG4 ditubuhkan Oktober tahun lalu selepas PRN mengekalkan pentadbiran di Kedah, Kelantan dan Terengganu selain merampas Perlis pada PRU15, mereka melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi.

Gagasan itu memfokuskan lima kluster iaitu infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan perniagaan termasuk industri pelancongan; pertanian dan sekuriti makanan; perundangan dan modal insan; dan sumber dan pendapatan baharu.



Sumber | FMT Malaysia 












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo