Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharuddin semalam membidas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataan yang dibuat terhadap Fadhlina Sidek susulan keputusan Kementerian Pendidikan melarang tajaan syarikat arak kepada sekolah.
Dalam satu kenyataan, Atiqah menyatakan bahawa reaksi Guan Eng jelas menunjukkan Ahli Parlimen Bagan itu bukan sahaja tidak sependapat dengan menteri pendidikan tetapi juga dengan keputusan kabinet.
“Pemimpin PAS juga sudah tidak lagi bersuara berkenaan isu ini kerana jelas mereka juga akur dengan garis panduan yang sama ketika pemerintahan 33 bulan.
“Mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka pun terlondeh,” kata Atiqah sambil menggesa supaya semua hentikan polemik yang tidak menguntungkan.
#Boikotsampaimerdeka
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
https://www.youtube.com/@beritapertiwi
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment