NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembahagian kerusi PRU16 bincang secara dalaman, DAP Pahang tegur UMNO



KUANTAN - Pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta untuk tidak memberi kenyataan secara terbuka yang boleh mengakibatkan keretakan rakan gabungan.

Pengerusi DAP Pahang, Datuk Leong Ngah Ngah berkata, sebarangan pengumuman atau tuntutan mengenai pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) perlu dibincangkan secara dalaman, bukanya diumumkan secara terbuka.

"Saya fikir tidak boleh macam itu (buat permintaan secara terbuka), kita sudah satu keluarga (dalam) kerajaan.

"Kita ada mekanisme sendiri, jadi apa (sahaja) tuntutan pun, kita boleh suarakan secara dalaman. Sekiranya disuarakan di luar (secara terbuka), mengakibatkan kita akan retak," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Isnin, UMNO Bahagian Bentong meminta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari diberikan kepada BN pada PRU16.

Pemangku Ketua UMNO bahagian tersebut, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, tuntutan itu disifatkan wajar memandangkan kawasan berkenaan mempunyai majoriti Melayu.

Ketika ini kerusi DUN itu disandang oleh DAP menerusi Thomas Su Keong Siong.

Mengulas lanjut, Ngah Ngah menegaskan semua pemimpin boleh membuat permintaan, namun perbincangan dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat nasional dan negeri dilakukan secara dalaman.

Katanya, ini bagi menjaga keharmonian parti yang sudah menjadi satu keluarga.

"Sebab nanti, kita DAP, nanti Amanah (Parti Amanah Negara) pun boleh bersuara, MCA pun (sama), jadi tentu ada satu pihak akan terjejas.

"Kita (semua dalam parti) mesti ada keharmonian dalam satu keluarga, penting harmoni, (justeru) apa sahaja kita perlu suara (secara) dalaman dan selesaikan dalaman," ujarnya.

Beliau juga meminta agar semua pemimpin parti dalam Kerajaan Madani supaya mengadakan lebih banyak perbincangan yang mendatangkan kebaikan kepada parti.

"Kita sudah kalah pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, jadi perlu lebih fokus untuk melihat kelemahan diri sendiri.

"Jadi, kita perlu mesyuarat dan bincang macam mana untuk menang lagi," katanya.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo