NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar tingkatan 4 sawan, kritikal akibat hisap vape




Seorang pelajar lelaki sekolah menengah di Kemaman, Terengganu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di perkarangan sekolahnya. 


Dia didakwa akibat menghisap vape yang berperisa ‘magic mushroom’ secara berlebihan pada 22 Julai lalu.


Kejadian yang cemas pada ketika itu disaksikan oleh seorang murid pada jam 10.30 pagi, lantas memaklumkan kepada guru sebelum mangsa dihantar oleh keluarganya ke klinik kesihatan terdekat. 


Menurut sumber, pelajar lelaki tersebut dihantar mendapatkan rawatan perubatan segera sebelum dirujuk ke unit kecemasan Hospital Kemaman, Terengganu. 


Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami sawan di tahap kritikal berpunca dari pengambilan perisa bahan kimia berbahaya secara berlebihan. 


Dalam pada itu, insiden tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi media dengan mengatakan pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa. 


Sumber: SCOOP


#BoikotSampaiMerdeka 


#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo