Seorang pelajar Malaysia di Bangladesh, Akmal Azizan atau @akmalazizan8 menerusi hantaran di platform X pada Sabtu berkata, dia bersama-sama pelajar Malaysia yang lain tidak dapat mengakses untuk meminta tempat berlindung di kawasan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh.
Katanya, ada juga pelajar lain telah cuba meminta penempatan di bangunan tersebut bagi tujuan keselamatan namun dipaksa berpatah balik susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes terhadap sistem kuota dalam sektor kerajaan pada awal Julai ini.
“Dah minta tempat untuk berlindung di kawasan kedutaan tetapi katanya tidak ada akses untuk buat semua itu.
“Cuma disuruh balik Malaysia guna duit sendiri sahaja. Jalan ke lapangan terbang tutup, ada pelajar Malaysia sangkut dan dipaksa untuk berpatah balik.
“Saya lawan untuk penempatan yang selamat saja. Semua kedutaan negara lain dah panggil pelajar mereka untuk berlindung di kedutaan masing masing,” katanya.
Sebelum ini Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan semua langkah yang perlu termasuk memindahkan pelajar Malaysia ke Suruhanjaya Tinggi dan Kediaman Rasmi di mana persiapan sedang dilakukan untuk menyediakan keperluan mereka.
Katanya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sedang giat menyelaraskan usaha itu walaupun menghadapi cabaran besar seperti gangguan komunikasi akibat gangguan Internet.
Sumber : X @akmalazizan8 & Sinar Harian
#Boikotsampaimerdeka
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:
https://www.youtube.com/@beritapertiwi
https://www.tiktok.com/@beritapertiwi
https://t.me/tvpertiwi
#TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment