NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tak ‘terhegeh’ pun kerjasama dengan UMNO selagi Zahid Presiden




Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan partinya jika Tan Sri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS.


Kenyataan beliau itu disambut dengan balasan daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyatakan PAS juga tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan UMNO selagi Zahid menjadi Presiden parti itu.


Dalam satu kenyataan kepada Berita Harian semalam katanya, beliau melihat keputusan (Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah 'signal' jelas.


Terdahulu, Ahmad Zahid berkata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.


Sebaliknya, Tuan Ibrahim yakin selagi Ahmad Zahid menerajui UMNO, ia akan menjadi 'berita baik' kepada PN.


"Penolakan pengundi Melayu bahkan Cina dalam PRK itu jelas rakyat menolak kerajaan. Saya yakin, selagi Ahmad Zahid memimpin UMNO, ia menjadi berita baik bagi PN,“ katanya.


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo