NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS sekadar tegur sebagai sesama Islam, bukan mahu cetuskan ketegangan kaum




KUALA LUMPUR
: Tindakan pimpinan tertentu PAS menegur kehadiran seorang Timbalan Menteri dalam satu majlis anjuran sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) melibatkan penajaan dari sebuah syarikat arak bukannya bermaksud mahu mencetus ketegangan kaum.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Halimah Ali yang juga Ahli Parlimen Kapar menyangkal laporan secara tidak bertanggungjwab oleh sebuah portal berita mengenai salah faham yang cuba diperbetulkan media berkenaan. 

“Ia lebih sebagai mengingatkan pemimpin berkenaan bahawa mewakili sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, majlis terrsebut tidak sesuai buat beliau. 

“Tambahan sebagai seorang pemimpin kerajaan, kehadiran beliau seakan merestui pelanggaran terhadap surat pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang melarang penerimaan sumbangan dari syarikat sedemikian.

“Isu penerimaan sumbangan dari syarikat yang menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan larangan pihak Kementerian ini perlu dibincang dan diperhalusi semua pihak demi melahirkan sebuah masyarakat yang bersih dan harmoni,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Menurut  beliau, PAS menyokong sebarang inisiatif dan usaha murni pihak Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk mendapatkan sumber bagi membiayai sekolah-sekolah mereka, demi mewujudkan suasana yang kondusif buat para pelajar di sekolah masing-masing. 

“Justeru, pihak kerajaan perlu membimbing dan menggalakkan lagi ratusan syarikat-syarikat korporat di Malaysia yang tidak tersenarai di bawah larangan garis panduan kementerian itu untuk memperluaskan aktiviti CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) masing-masing. 

“Supaya ia dapat turut menyumbang ke arah mempertingkatkan prasarana sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang masih tidak sempurna,” katanya.

PAS juga tegas beliau, walaupun dasar perjuangannya adalah Islam, tetapi ia juga berjuang untuk menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum demi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

Beliau juga mengakui, PAS sedar dan menghargai kehadiran masyarakat berbilang kaum dalam negara, justeru sebarang usaha dan pendekatan politiknya sentiasa turut mengambil kira kepentingan semua kaum dalam negara. 

“Sebagai bukti rakyat bukan Islam di empat buah negeri bawah pemerintahan PAS hari ini tidak ditindas malah hidup aman dan sejahtera, mengamalkan cara hidup masing-masing secara bebas.

“PAS sentiasa yakin bahawa rakyat berbilang kaum dalam negara boleh menerima dan menghargai pendekatan PAS yang mendahulukan kepentingan bersama. 

“Terutama dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan serta bersama juga mencegah perkara-perkara yang boleh membawa kepada keruntuhan keluarga, masyarakat dan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/7/2024 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo