Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Mas Ermieyati Samsudin berkata usaha mencari pemimpin pelapis perlu bermula pada pemilihan parti Oktober in |
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, usaha mencari pemimpin pelapis perlu bermula pada pemilihan parti Oktober ini kerana tidak lagi mempunyai masa panjang untuk menghadapi PRU kira-kira tiga tahun lagi.
Takkan nak dekat PRU baru nak mencari tokoh-tokoh anak muda yang boleh kita ketengahkan sebagai calon pada masa yang agak saat akhir,
katanya dalam wawancara bersama FMT.
Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, bagi tujuan itu beliau menggesa Bersatu mencontohi sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu PAS yang dilihat ‘sangat hebat’ dalam memantapkan parti.
Katanya, PAS semakin diterima rakyat walaupun berada di blok pembangkang sejak ditubuhkan puluhan tahun lalu.
“Mereka dari segi tambah keahlian, angkat kepimpinan pelapis sangat hebat, dengan kehebatan kumpulan, mereka cukup mantap…ia harus dicontohi Bersatu, termasuk elemen penting yang ada dalam PAS.
Kita boleh guna pakai pendekatan terbaik PAS untuk jadi satu parti diyakini, dipercayai dan diterima rakyat termasuk apabila kita bercakap soal bangsa, agama dan negara,
katanya.
Beliau bagaimanapun yakin Bersatu bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin mampu merealisasikannya untuk membawa parti lebih kuat pada masa akan datang termasuk menyatukan semua barisan pemimpin dalam satu pasukan bagi menghadapi PRU16.
“Sebab itu kesediaan Tan Sri Muhyiddin menimbangkan daripada bersara awal kita sangat hargai, sebab dia akan merangka legasi pelapis seterusnya.
Nak hadapi kerajaan Madani kita harus ada kepimpinan yang ‘solid’…diketuai Muhyiddin. Pemilihan satu pasukan mantap diperlukan untuk berdepan kerajaan hari ini,
katanya.
Ditanya siapa pemimpin sesuai menggantikan Muhyiddin sebagai presiden jika Ahli Parlimen Pagoh itu bersara, Mas Ermieyati berkata Bersatu memiliki ramai pelapis antaranya Ahmad Faizal Azumu, Hamzah Zainudin, Azmin Ali, Radzi Jidin, Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan lain-lain.
Kita tidak ketandusan pelapis, mereka aset dalam Bersatu, yang mana kita tak boleh kehilangan mereka…mesti ada dalam satu pasukan,katanya.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment