NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS cabar speaker DUN Melaka isytihar kerusi Rembia kosong

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata Adun Rembia Muhamad Jailani Khamis menyertai PAS pada Jun 2023, tetapi DUN Melaka hanya meluluskan akta antilompat parti pada 31 Julai 2023.



PETALING JAYA
PAS mencabar DUN Melaka mengisytiharkan kerusi Rembia kosong, jika keputusan parti itu menerima kemasukan penyandangnya, Muhamad Jailani Khamis bertentangan akta antilompat parti.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata pengisytiharan oleh Speaker DUN Melaka Ibrahim Durum itu bagi membolehkan PRK diadakan sekiranya ada kekosongan.

Menurutnya kemasukan Jailani dalam PAS pada Jun 2023 tidak melanggar undang-undang memandangkan DUN Melaka hanya meluluskan akta antilompat parti pada 31 Julai 2023.

Dengan penyertaannya ke dalam PAS, secara sendirinya sudah tidak lagi menjadi ahli Umno. Tiada isu pelanggaran undang-undang antilompat parti, khususnya di peringkat DUN Melaka,

 katanya kepada FMT.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan hari ini mengumumkan Jailani yang digantung keahlian Umno, diterima menyertai parti itu pada 10 Jun 2023, sebelum akta antilompat parti dikuatkuasakan di Melaka.

Jailani menyertai Umno pada Jun 2021 selepas meninggalkan PKR dan mempertahankan kerusi DUN Rembia di bawah tiket Barisan Nasional (BN) pada PRN tahun sama.

Susulan itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh mempersoalkan tindakan PAS menerima Jailani selepas parti itu membantah keputusan speaker Dewan Rakyat mengekalkan kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengekalkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu itu bercanggah Perlembagaan.

Ketua Ulama PAS, Ahmad Yahaya yang senada dengan Fadhli berkata keadaan Jailani berbeza dengan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang masih menyokong Anwar selepas pindaan perlembagaan Bersatu dan akta antilompat parti berkuat kuasa.

Sementara itu, Fadhli mencabar mana-mana wakil rakyat, khususnya Akmal menyertai PN kerana jika berlaku PRK, mereka boleh bertanding atas tiket gabungan pembangkang itu.

Tinggalkan kapal Barisan Nasional yang sedang karam sebelum terlambat.“


Sumber | FMT Malaysia  







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo