NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PADU sebenarnya bernilai puluhan juta!

Pertama, mengapa tahun lepas Rafizi mendakwa PADU menjimatkan kos dan tiada kos tahunan namun hari ini kos PADU bernilai RM85.27 juta bagi tempoh tiga tahun pelaksanaan 2023-2025?

Mungkin hanya Rafizi yakin PADU ini akan melonjak kekaguman rakyat kepada kerajaan namun sebaliknya yang berlaku, sehingga Sarawak juga menahan rakyatnya daripada mendaftar PADU.

Kedua, adakah penyasaran subsidi RON95 yang bakal diumumkan secara mengejut akan menggunakan sepenuhnya data PADU?

Ini kerana sebelum ini PADU dikatakan akan membantu kerajaan menyasarkan bantuan dengan lebih berkesan.

Namun selepas pengumuman kenaikan harga diesel, mengapa individu yang memerlukan masih perlu mendaftar BUDI untuk mendapat kelayakan menerima bantuan subsidi diesel?

Jika Rafizi mendakwa data di LHDN, KWSP dan JKM diserap masuk ke dalam PADU, kenapa data BRIM atau STR tidak dibuat serupa agar tidak ada rakyat yang terjejas?

Ketiga, Rafizi mendakwa PADU akan gagal jika jumlah pendaftaran sangat sedikit. 

Berapa jumlah data yang mencukupi untuk beliau membuat formula baru supaya PADU bukan suatu projek bazir? Bagaimana Rafizi mahu menggunakan PADU dengan lebih efisyen? 

Jelaskan dengan jujur kerana rakyat tidak mahu lagi dibahalolkan dan dibodohkan apabila ditanya tentang formula beliau mengurus ekonomi negara.

Rafizi perlu ambil serius kesan yang sedang dirasai rakyat ketika ini dengan kenaikan diesel dan pengurusan subsidi bersasar yang masih caca marba.

Kerajaan dilihat sangat tidak berhati perut jika penarikan subsidi RON95 dilakukan secara mengejut tanpa mengambil kira nasib rakyat yang akan menerima tempias terbesar.

Kekeliruan dan kekalutan yang berlaku hari ini membuktikan PADU masih belum cukup padu untuk digunakan kerajaan sebagai medium penyampaian bantuan kepada rakyat. 

Kerajaan gagal berterus terang kepada rakyat dan kenyataan mengenai PADU sering bercanggah sejak awal pengumuman. 

Apa yang pasti, PADU dibuat dengan tergesa-gesa, rakyat digesa mendaftar, harga diesel naik tergesa-gesa. 

Adakah kerajaan juga sudah tergesa-gesa mahu dijatuhkan oleh rakyat?

Rakyat juga tidak sabar.

Zurk Ahmad 
Ketua Penerangan PAS Selangor


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo