NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Naram Singh bidas Rafizi 'jahil' kes babitkan lelaki Israel

Peguam Naran Singh menyifatkan Rafizi Ramli jahil perkara asas sistem perundangan apabila cuba memburuk-burukkan tugas profesional membela anak guam berdepan tuduhan jenayah.


Peguam bela kepada lelaki dwi-warganegara Israel-Perancis yang berdepan pertuduhan senjata api membidas Rafizi Ramli kerana cuba memburuk-burukkan tanggungjawab profesionalnya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, dan berkata menteri ekonomi itu boleh didakwa atas tuduhan menghina mahkamah.

Naran Singh Asa Singh, peguam dari Gerakan yang pernah menjadi calon Perikatan Nasional (PN) di Perak pada 2023, berkata Rafizi cuba meraih markah politik kerana jahil mengenai tanggungjawab profesional seorang peguam.

"Dia menyebut tentang anak guam saya, itu subjudis, kerana kes ini sedang berjalan di mahkamah. Bagaimana dia boleh kata (tertuduh) bunuh orang? Dia boleh didakwa menghina mahkamah," Naran memberitahu MalaysiaNow.

Naran merupakan peguam mewakili Shalom Avitan, lelaki yang memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis sebelum ditahan atas tuduhan memiliki senjata api.

Polis turut menyiasat beberapa individu lain dikaitkan dengan Avitan, termasuk tiga warga asing yang kemudiannya dihantar pulang.

Avitan kini menunggu perbicaraan atas pertuduhan memperdagang enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 200 peluru, yang akan bermula pada 30 September.

Rafizi, dalam usaha menangkis kritikan terhadap keputusan kerajaan menjual saham dalam konsortium lapangan terbang kepada sebuah syarikat milik pengurus dana pro-Israel BlackRock, membangkitkan peranan Naran dalam salah satu ceramah kempen di Sungai Bakap.

"Siapa peguam kepada seorang rakyat Israel yang sekarang ini didakwa dengan pistol atas cubaan membunuh? Nama dia Datuk Naran Singh.

"Peguam kepada orang Israel yang datang Malaysia buat kacau di Malaysia dengan pistol ini, bukan orang PKR, bukan orang Umno, bukan orang DAP, tapi orang PN. 

"Siapakah peguam warga Israel yang didakwa atas tuduhan cubaan membunuh menggunakan pistol? Namanya Datuk Naran Singh.

"Peguam orang Israel yang datang dengan senjata untuk membuat kacau di Malaysia bukan dari PKR, bukan dari Umno, bukan dari DAP, tetapi orang PN," kata Rafizi.

Naran Singh (kiri) antara pemimpin Gerakan yang hadir memberikan sokongan kepada calon PN di Sungai Bakap.
Naran Singh (kiri) antara pemimpin Gerakan yang hadir memberikan sokongan kepada calon PN di Sungai Bakap.

Naran membetulkan Rafizi dengan berkata anak guamnya berdepan tuduhan berkait senjata api dan bukannya membunuh.

Beliau turut menyifatkan pemimpin PKR itu jahil mengenai hak seseorang tertuduh.

"Dia tidak faham asas hak tertuduh yang boleh melantik peguam kerana dia dianggap tidak bersalah sehingga dia disabitkan.

"Macam mana hendak jadi menteri ekonomi? Sebab itulah ekonomi negara kita turun setiap hari," kata Naran, sambil menambah Rafizi dan presiden partinya Anwar Ibrahim juga pernah diwakili peguam yang mengendalikan pelbagai kes jenayah lain.

Naran turut menafikan dakwaan Rafizi bahawa beliau merupakan penasihat undang-undang kepada calon PN di Sungai Bakap.

Katanya, beliau hadir di Sungai Bakap untuk menyatakan sokongan kepada  Abidin Ismail, calon PAS mewakili PN yang menewaskan calon PKR dengan majoriti besar semalam.

Naran berkata Rafizi, yang mengetuai kempen pilihan raya PH di Sungai Bakap, seharusnya memberi tumpuan kepada tugas sebagai menteri ekonomi.

"Berceloteh di situ buat apa? Dia tak patut buka mulut," tambahnya.



Sumber | MalaysiaNow 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo