NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib Razak PM terbaik di Malaysia – Akmal

Poster ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Najib yang dimuat naik di Facebook Akmal. 


KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia terbaik setakat ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Akmal menerusi hantaran di Facebooknya sempena ucapan selamat hari lahir kepada bekas Presiden UMNO itu semalam.

“Selamat hari lahir Datuk Seri Najib Razak. Apa pun orang cakap dan tuduh, you are still the best prime minister so far.

“Moga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik untuk Datuk Seri,” katanya.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kini sedang menjalani hukuman penjara kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo