NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Musuh sekarang umpama ‘musang berbulu ayam’





KLUANG – UMNO perlu mengambil semula semangat perjuangan ‘menentang Malayan Union’ untuk bangkit mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, menjiwai semula semangat penentangan itu amat penting kerana ketika ini hak dan kepentingan orang Melayu semakin diganggu-gugat.

Menurutnya, jika pada zaman ‘Malayan Union’ penjajah menjadi dalangnya namun ketika ini mereka yang mempersoalkan hak dan kepentingan Melayu adalah ‘orang tempatan’ malah daripada kalangan orang Melayu sendiri.

“Mutakhir ini kesejahteraan bangsa Melayu mula digugat dan digugah kembali. Bukan oleh sang penjajah tetapi oleh musuh yang berwajah dan berperi umpama musang berbulu ayam bertindak persis seperti gunting dalam lipatan.

“Kelompok ini amat berbahaya malah lebih dahsyat kemerbahayaannya. Mengapa lebih berbahaya kerana usaha-usaha kegugatan dan kegugahan mereka terhadap kesejahteraan orang Melayu turut didukung dan disokong oleh pemuka-pemuka Melayu yang bertopengkan ‘demi Melayu’.

“Bak kata orang tua-tua dahulu harapkan pegar, pegar makan padi,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam.

Beliau berkata, perkembangan tersebut amat membimbangkan dan perlu tindak balas segera daripada orang Melayu tanpa mengira apa juga latar belakang.

“Perkembangan terkini menuntut kita semua kembali merapatkan barisan dengan mengambil semangat penentangan Malayan Union sebagai usul perjuangan melindungi kesejahteraan bangsa Melayu yang kembali tergugat dan tergugah,” katanya.

Katanya, musuh bangsa Melayu pada kali ini bukan sahaja lebih berbahaya berbanding penjajah tetapih lebih licik tingkah lakunya.

Sekiranya lalai, tidak mengejutkan suatu hari nanti apa yang dikatakan sebagai tanah bertuan menjadi milik orang, dakwa beliau. –  MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo