NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MUIS kesal pihak kuasa agama tidak tegas, umat Islam malaysia masih sertai Bon Odori




Majlis Ulama ISMA (MUIS) menggesa pihak berkuasa agama dan mufti bertegas dalam menghalang umat Islam menyertai Festival Bon Odori.


Penyelidiknya, Nur Fatin Halil berkata Festival Bon Odori sudah mendapat tentangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2022 namun tahun ini masih berleluasa.


“Mufti dan JAKIM perlu tegas dalam mendepani isu ini dan memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai sebarang upacara keagamaan bagi agama atau kepercayaan lain.


“Muslim yang menyertai upacara keagamaan agama lain dikhuatiri termasuk dalam perbuatan mengiktiraf ketuhanan dan perbuatan mensyirikkan Allah.


“Penyertaan orang Islam dalam Festival Bon Odori boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak patut menyertai acara tersebut bagi memelihara kesucian agama,” katanya.


Sumber:  FB MUIS


#boikotsampaimerdeka


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo