NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memorandum tuntutan keluarga Teoh Beng hock akan diteliti - Anwar

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock dan peserta perhimpunan gagal untuk menyerahkan notis tuntutan kepada kerajaan di Parlimen hari ini.



PETALING JAYA
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan bertemu dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam masa terdekat untuk meneliti memorandum tuntutan mahu disampaikan kepada kerajaan hari ini.

“Saya ambil maklum insiden yang berlaku di luar Parlimen hari ini melibatkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock.


Saya beri jaminan akan berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat dan meneliti memorandum tuntutan,

 katanya di aplikasi X.

Terdahulu media melaporkan Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-Ada) yang menuntut keadilan atas kematian mendiang pada 16 Jul 2009, disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen.

Mereka yang mahu menyerahkan memorandum di pagar mahkamah dihalang pasukan keselamatan yang memberitahu kumpulan itu perlu mendapatkan kebenaran kerajaan terlebih dahulu.

Teoh, pembantu politik Exco Selangor ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemukan meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, beberapa jam selepas hadir untuk disoal siasat di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor (SPRM) di tingkat 14.

Sehari sebelum itu, mendiang dipanggil memberi keterangan kepada SPRM dalam satu siasatan berhubung dakwaan salah guna wang kerajaan negeri.

Inkues koroner pada 2011 mencapai keputusan terbuka. Keluarganya memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan, tiga tahun kemudian, mengetepikan keputusan terbuka tersebut.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah disebabkan oleh pelbagai kecederaan akibat perbuatan menyalahi undang-undang oleh individu-individu yang tidak diketahui.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo