NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melalut untuk ‘tegakkan benang yang basah’?




Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu sebagai melalut apabila mengaitkan sumbangan syarikat arak kepada sekolah dengan babi.

 

Katanya, Aiman Athirah seharusnya menamatkan isu sumbangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tce Min, Sepang dengan permohonan maaf.

 

“Saya rasa yang paling baik ialah Timbalan Menteri nyatakan bahawa ‘saya minta maaf, saya tak perasan ada promosi dari syarikat arak Tiger dalam majlis itu’, selesai.

 

“Ni dah melalut sampai isu tangan makan babi. Orang persoalkan garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), menteri pun dah keluarkan kenyataan tiada pengecualian. Apa pula kaitan dengan tangan makan babi ni?” soal beliau.

 

Sebelum ini Aiman Athirah menyifatkan PAS hipokrit kerana mengkritiknya dan membidas pemimpin parti itu yang bersalaman dengan orang bukan Islam yang sedang minum arak atau makan babi.

 

Sumber : FB Fadhli Shaari


#boikotsampaimerdeka #TvPertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo