Sistem Padu adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia. |
Menurut kementerian, sistem Padu adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.
Setakat 31 Mac 2024, seramai 10.55 juta individu mengemas kini maklumat dalam sistem Padu.
Ketika ini, sistem berkenaan berada dalam Fasa 2, penganalisisan data yang melibatkan proses penentuan isi rumah, perbelanjaan asas kehidupan wajar dan pendapatan boleh guna bersih,
kata kementerian dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.
Kementerian Ekonomi menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai jumlah pendaftaran penuh Padu dan mengapa data Padu tidak digunakan bagi permohonan subsidi bersasar diesel.
Selain itu, kementerian berkata langkah penyasaran semula subsidi minyak dimulakan dengan Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).
Penyasaran subsidi diesel melalui Budi Madani menggunakan semua pangkalan data sedia ada kerajaan yang berkaitan.
Dalam hal ini, maklumat daripada Budi Madani akan dikongsi dan diintegrasi ke dalam Padu dari semasa ke semasa bagi menambah baik data tersedia.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment