NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB harap SATU jadi syarikat bekalan air terkemuka




KUALA TERENGGANU: 
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd akan menjadi syarikat perkhidmatan bekalan air terkemuka di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan dan tenaga kerja SATU yang lama dan yang baru termasuklah yang bersara.

Menurutnya, ini kerana merekalah yang menjadi jantung kepada sebuah syarikat utiliti yang sangat penting kepada negeri Terengganu dan seluruh rakyat di negeri ini.

Beliau menyatakan demikian menerusi laman sosialnya bersempena Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SATU, semalam.

Katanya, kejayaan SATU selama 25 tahun itu sudah tentu hasil kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri, pihak pengurusan, kakitangan, ahli-ahli keluarga mereka serta pelanggan seluruh negeri ini.

Tambahnya, dimaklumkan, SATU juga sedang merancang untuk menubuhkan fasiliti pendidikan iaitu Akademi SATU sebagai suatu usaha untuk membina modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi IR 4.0 sekali gus bertepatan dengan landskap pendidikan semasa.

“Saya berharap SATU akan menjadi syarikat perkhidmatan bekalan air terkemuka di negara kita.

“Ini adalah satu visi yang besar namun saya yakin dengan keupayaan dan kepakaran yang dimiliki, SATU mampu mencapai matlamat ini, insya-Allah, ujarnya yang juga ADUN Ru Rendang. – HARAKAHDAILY 24/7/2024





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo