NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Mangga King Terengganu’ ada potensi besar

Dr Azman Ibrahim (kiri) bersama Dato' Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof (tengah) dan pegawai pertanian menunjukkan buah mangga harum manis Terengganu di Pusat Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, Setiu.




KUALA TERENGGANU:
 Di pesisir pantai Terengganu terdapat kira-kira 80,000 hektar tanah bris yang sesuai untuk penanaman mangga harum manis, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim.

Menurutnya, setakat ini terdapat lebih 100 ekar tanaman harum manis di Terengganu di beberapa lokasi yang dijenamakan sebagai ‘Mangga King Terengganu’.

Katanya, kesesuaian tanaman diukur dari kesuburan pokok, berbuah lebat dan kadar kemanisan ‘Mangga King Terengganu’ mencecah hampir 23 brix.

Beliau menjelaskan, sebagai perbandingan kemanisan tembikai sekitar 16 brix.

“Saya melihat sebagai satu potensi besar tanaman bernilai tinggi untuk Program Pembangunan Tanah Terbiar yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan kepada pekebun,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, ‘Mangga King Terengganu’ bukan hanya untuk pasaran tempatan malah untuk dieksport.

Menurutnya lagi, tanaman harum manis bermula November 2016 yang diusahakan Jabatan Pertanian Terengganu bagi menyelidik kesesuaian tanah bris di kawasan Pusat Pembangunan Komoditi Rhu Tapai, Setiu.

Katanya, apabila melihat kejayaan Jabatan Pertanian, beliau telah mengarahkan mereka melakukan bancian di beberapa daerah yang mempunyai tanah bris dan akhirnya menemui pokok harum manis yang telah lama ditanam oleh orang kampung.

Tambahnya, oleh kerana masyarakat di negeri ini tidak begitu mahir dalam mengesan kualiti menyebabkan buah itu gugur dan terbiar begitu sahaja. – HARAKAHDAILY 23/7/2024






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo