Pengerusi BERJASA Melaka, Nazriq Rahman memaklumkan Malaysia perlu menetapkan satu identiti tunggal bagi mempamerkan bangsa teras yang ada di negara ini.
Dengan itu katanya, Malaysia perlu menggunakan identiti asal yang berteraskan Nusantara iaitu bangsa Melayu yang sudah menetap begitu lama di Malaysia sebelum era kemerdekaan lagi.
“Malaysia identitinya adalah bangsa Melayu. Bangsa Melayu adalah bangsa teras maka yang membentuk identiti utama Malaysia ini adalah orang Melayu kemudian barulah disusuli dengan kaum yang lain,” katanya di Portal Gelombang BERJASA.
Ia susulan katanya, kepelbagaian identiti yang ada pada ketika ini agak berkecamuk, bercampur-baur sehingga ia menimbulkan unsur kekeliruan.
Jelas Nazriq, isu berkenaan sudah lama berlaku dan sehingga kini tiada tanda yang menunjukkan masalah tersebut akan selesai dan akhirnya masalah perpaduan antara kaum di Malaysia tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Sumber: Portal Gelombang BERJASA
#Boikotsampaimerdeka #TvPertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment