NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia kedua terburuk keseimbangan kehidupan bekerja




KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap laporan Remote yang menunjukkan Malaysia di tempat kedua terburuk daripada 60 negara dari sudut keseimbangan kehidupan bekerja.

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia berkemungkinan disebabkan oleh budaya kerja yang lebih demanding pada masa kini dari segi masa bekerja terutama dalam kalangan pekerja kolar putih.

“Baru-baru ini Malaysia telah diletakkan sebagai negara yang kedua terburuk dalam keseimbangan kehidupan kerja antara 60 negara KDNK teratas.

“Demi sesuap nasi pekerja Malaysia terpaksa mencatat lebih 40 jam secara purata setiap minggu yang tidak lestari,” ujarnya yang juga Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja Pindaan 2024 di Dewan Negara, hari ini.

Tambahnya, pindaan kali ini sewajarnya boleh menangani lebih banyak isu-isu dasar berkaitan keselamatan pekerja.

“Jaringan keselamatan sosial pekerja kita meliputi kecederaan fizikal seperti kemalangan di tempat kerja.

“Namun ia kurang dalam liputan kita mengatakan penyakit less visable and long term seperti penyakit tidak berjangkit ataupun non-communicable disease,” katanya.

Katanya, gaya hidup pekerja telah menyebabkan peningkatan kes NCD terkini seperti kanser, diabetes, penyakit mental dan kardiovascular berbanding beberapa dekad yang lalu.

“Budaya kerja yang lebih demanding sekarang dari segi masa bekerja serta gaya hidup ‘sedentari’ iaitu duduk lama terutamanya antara golongan pekerja kolar putih ini telah membentukkan ticking time bomb,” katanya.

Kerana itu, katanya, selari dengan usaha kerajaan dalam memupuk keseimbangan kehidupan kerja dan keadaan kerja yang lebih baik, kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk meluaskan liputan jaringan keselamatan sosial pekerja kepada penyakit-penyakit NCD yang telah nyatakan sebelum itu.

“Tidak semestinya kerajaan kena melancarkan pelan liputan ini dengan peratus lengkap dalam jangka masa yang pendek. Saya cadangkan kita boleh start from small dengan izin, memperluaskan liputan kepada penyakit mental dan kardiovascular kerana liputan tersebut akan memberikan impak yang terbesar sekali kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, jika keadaan fizikal mengizinkan barulah kerajaan  meluaskan kepada penyakit NCD yang lain seperti kanser, diabetes dan sebagainya. – HARAKAHDAILY 22/7/2024







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo