NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Tertinggi BN akan putuskan usul Umno tanding Alor Setar, kata Zambry

Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir berkata, usul menuntut kerusi untuk ditandingi pada PRU16 masih terlalu awal untuk dibincangkan.



KUALA LUMPUR
Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan membuat keputusan mengenai sebarang tuntutan, termasuk usul Umno untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar pada PRU, kata Zambry Abdul Kadir.

Setiausaha agung BN itu berkata, usul menuntut kerusi untuk ditandingi pada PRU masih terlalu awal untuk dibincangkan.


Yang paling mustahak, akhirnya kita akan buat keputusan (pada) peringkat BN …. melalui mesyuarat majlis tertinggi,

 katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Cheras.

Terdahulu, Ketua Umno Kedah Mahdzir Khalid berkata, usul menuntut Parlimen Alor Setar kembali ditandingi parti itu tidak akan membawa perpecahan dalam kerajaan perpaduan, sebaliknya akan memperkukuh BN menjelang PRU16.

Mahdzir Khalid berkata, Umno mempunyai hak menuntut kerusi Parlimen itu, termasuk satu kerusi DUN, walaupun kawasan berkenaan pernah dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada PRU14, namun dirampas Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Dalam pada itu, Zambry berkata, menjadi kebiasaan untuk Umno atau mana-mana parti komponen BN menyuarakan pandangan mereka.

Perkara (suarakan pandangan) ini bukan hanya di Alor Setar, (malah) di kawasan-kawasan lain,

 katanya.

Pada PRU15, PN menerusi Afnan Hamimi Taib Azamudden menang Parlimen Alor Setar dengan majoriti 9,931 undi, mengalahkan calon PH Simon Ooi Tze Min (27,555) dan calon BN Tan Chee Hiong (8,930).

Pada PRU14, PH menang kerusi itu dengan majoriti lebih 15,000.

Selain Parlimen Alor Setar, Umno turut menuntut sama ada DUN Suka Menanti atau Alor Mengkudu.

Pada PRN enam negeri termasuk di Kedah Ogos tepas, gabungan BN-PH kalah di DUN Suka Menanti dan Alor Mengkudu.



Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo