NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Raja-Raja bincang pelantikan pengerusi SPA, SPR




KUALA LUMPUR
Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 yang diadakan di Istana Negara selama dua hari bermula semalam antara lain membincangkan mengenai pelantikan pengerusi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan profesor diraja.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan perkara lain yang turut dibincangkan cadangan dasar baharu pindaan Bahagian III Perlembagaan berhubung perkara kewarganegaraan.

Kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hadir pada hari kedua mesyuarat yang berlangsung hari ini diiringi Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Majlis disembahkan taklimat terkini mengenai keselamatan negara oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Mohammad Ab Rahman,
 menurut kenyataan.

Mesyuarat dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo