NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih ramai pemimpin reformasi bakal sertai demo ‘Rakyat Lawan Anwar’, dakwa Chegubard


PUTRAJAYA: Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin mendakwa perhimpunan ‘Rakyat lawan Anwar’ yang seterusnya dijangka disertai pemuka atau pemimpin reformasi, gerakan diperkenalkan Anwar Ibrahim, kira-kira 26 tahun lalu.

Reformasi digerakkan susulan pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 iaitu di era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Badrul Hisham atau dikenali Chegubard berkata satu perjumpaan akan diadakan malam ini bagi berbincang dengan lebih lanjut program serta pergerakan masa yang bakal dibuat.

“Perjumpaan malam ini melibatkan ramai pemuka reformasi pernah bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu.

“Pengumuman akan dibuat lepas mesyuarat,” katanya ditemui media selepas keterangannya dirakam bersama Ahli Jawatankuasa Bersatu Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz di IPD Putrajaya.

Pada 29 Jun lalu, kira-kira 250 peserta perhimpunan itu yang berpakaian serba hitam berhimpun di luar kediaman rasmi Anwar dan menyerunya meletak jawatan.

Polis berkata perhimpunan itu tidak mengikut undang-undang kerana gagal mendapat kebenaran pemilik tanah, Perbadanan Putrajaya seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman.

Pihak berkuasa telah mengenal pasti 11 individu terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo