NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kumpulan Teoh Beng Hock tuntut ganti rugi susulan ‘keganasan polis’

Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi mendakwa, beberapa peserta demonstrasi di luar bangunan Parlimen ditolak oleh polis sehingga tersungkur.



PETALING JAYA
Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi merancang menuntut ganti rugi daripada kerajaan susulan dakwaan berlakunya keganasan polis pada demonstrasi di luar bangunan Parlimen hari ini.

Pengerusi kumpulan itu, Ng Yap Hwa mendakwa, beberapa peserta ditolak oleh polis sehingga tersungkur, termasuk kakak Beng Hock, Lee Lan.

Ng juga mendakwa, seorang anggota polis mencekak seorang wanita yang juga ahli jawatankuasa penganjur demonstrasi, sehingga rantainya terputus, meninggalkan kesan merah di lehernya.

Kami akan hantar bil kepada kerajaan perpaduan menuntut Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail membayar ganti rugi terhadap kerosakan pada rantai (wanita itu) dan kos rawatannya,

 katanya dalam kenyataan.

Beliau menuduh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan membenarkan keganasan terhadap peserta perhimpunan aman, dan berkata tindakan itu mencabul hak perlembagaan mereka untuk berhimpun secara aman.

Katanya, kumpulan itu juga mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu.

Pagi tadi, Lee Lan bersama ahli persatuan dan penyokong lain tiba di bangunan Parlimen selepas tiga hari berjalan kaki sejauh 96km demi keadilan.

Ketika kumpulan itu menghampiri bangunan Parlimen, polis cuba menghalang mereka daripada masuk, dan ketika itu Lee Lan terjatuh dan kelihatan cedera.

Selepas berlaku pergelutan, kumpulan itu berjaya menyerahkan memorandum tetapi tidak dapat memasuki bangunan itu seperti yang dirancang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudiannya berkata, beliau maklum tentang kejadian itu dan berjanji untuk bertemu keluarga Beng Hock tidak lama lagi serta mengkaji memorandum mereka.

Pada 2009, Beng Hock, bekas pembantu exco Selangor ketika itu Ean Yong Hian Wah, ditemukan meninggal dunia di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, beberapa jam selepas tiba untuk disoal siasat di ibu pejabat SPRM Selangor di tingkat 14.

Inkues koroner pada 2011 menyampaikan keputusan terbuka dan keluarganya kemudiannya memfailkan rayuan terhadap penemuan itu.

Tiga tahun kemudian, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan terbuka itu dan memutuskan bahawa kematian Beng Hock disebabkan oleh pelbagai kecederaan akibat perbuatan menyalahi undang-undang oleh individu tidak diketahui.



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo