NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Kumpulan” Najib bangkit tolak Zahid Hamidi




Bekas pemimpin UMNO, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz membayangkan terdapat ‘kumpulan’ baru dalam UMNO yang mula menampilkan diri sebagai penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan membawa naratif kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semakin terhakis.


Dalam kenyataan hari ini, Tun Faisal yang juga Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan berkata, kumpulan ini mula tampil sejak pemecatan Isham Jalil dari parti itu dan semakin menampakkan diri ketika ucapan perasmian Nazifuddin Najib semasa Persidangan Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor dan Bahagian Shah Alam.


“Kumpulan ini membawa naratif bahawa untuk menyelamatkan UMNO dan negara, isu pembebasan Najib mesti dijadikan usul ke Perhimpunan Agung UMNO dan diperjuangkan.


“Ini secara tidak langsung membayangkan bahawa mereka tidak yakin kepada Zahid dan kerjasama dengan  Pakatan harapan untuk menyelamatkan parti itu serta menganggap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai mentadbir negara ini,” katanya.


#BoikotSampaiMerdeka 

Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi:

https://www.youtube.com/@beritapertiwi

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo