Bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak berkata ‘top 5’ perlu dilihat sebagai kekuatan Umno. |
Beliau yang juga bekas bendahari Umno berkata, kritikan seperti itu hanya menjejaskan usaha parti membina semula sokongan dan meyakinkan kembali orang Melayu serta rakyat.
Katanya, apa diperlukan ketika ini adalah pimpinan Umno berkongsi pandangan politik mengenai tadbir urus dan kepentingan Melayu, dan secara individu membuat komitmen awam kepada pengundi Melayu terutama di kawasan luar bandar.
“Orang Melayu mesti diyakinkan bahawa pimpinan ‘top 5’ Umno berkongsi minda dan aspirasi sama menegak dan meneruskan komitmen seperti pengasas parti.
Pimpinan ‘top 5’ mesti dilihat sebagai kekuatan Umno,
katanya di Facebook, merujuk kepada presiden, timbalan dan tiga naib.
Salleh, yang juga Adun Usukan di Sabah, menyeru pimpinan tertinggi berusaha meraih semula sokongan dan mengembalikan keyakinan kepada parti, khususnya orang muda.
Saya percaya generasi muda sangat berminat untuk mengetahui sama ada perspektif politik pimpinan Umno telah berubah atau masih kekal sama seperti sebelum ini,kata bekas ketua menteri Sabah.
Beberapa ahli Umno sebelum ini mengkritik parti berkait pelbagai perkara, termasuk kerjasama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan, prestasi tidak memberangsangkan pada PRN dan PRU, serta mengetepikan kebimbangan akar umbi.
Sokongan orang Melayu terhadap Umno menyusut sejak PRU13 pada 2013. Barisan Nasional ditunjangi Umno kalah pada PRU14, sekali gus menamatkan penguasaan sebagai kerajaan pusat selama enam dekad.
Pada PRU15, prestasi Umno terus merudum selepas sekadar menang 26 kerusi Parlimen, selain 19 daripada 108 kerusi DUN pada PRN enam negeri Ogos 2023.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment