Sebagai institusi demokrasi dan suara negara, Parlimen tidak boleh menganggap rakyat sebagai musuh dengan membuat laporan polis terhadap mereka, kata sekumpulan peguam. |
Sekumpulan peguam hak asasi mengecam tindakan terbaru kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara dalam talian selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyifatkan siasatannya terhadap "komen jelik" berkaitan sidang Parlimen adalah sebahagian daripada usaha membanteras buli siber.
Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa Putrajaya cuba mengambil kesempatan di atas kemarahan orang ramai berhubung kes kematian seorang YouTuber yang menjadi mangsa buli siber baru-baru ini.
"Ini memalukan," kata pengarah LFL Zaid Malek, sambil menambah adalah "jauh terpesong, tidak logik dan tidak masuk akal" untuk mengkategorikan kritikan terhadap wakil rakyat dan Parlimen sebagai buli siber.
"Parlimen merupakan institusi awam. Ia tidak boleh dibuli siber," katanya.
"Maka siapa yang dibuli siber? Adakah institusi Parlimen atau ahli Parlimen? Siapa ahli Parlimen yang mendakwa dia dibuli siber?"
Zaid melahirkan kekecewaan atas tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial.
Menurutnya, ahli Parlimen tidak boleh berselindung di sebalik dakwaan mereka mangsa "buli siber".
"Ia satu penghinaan terhadap demokrasi dan menjadikan negara kita bahan jenaka masyarakat antarabangsa sekiranya kita gunakan undang-undang jenayah bagi melindungi ahli Parlimen daripada kata-kata kesat atau kritikan atau sindiran atas tindakan mereka."
Bulan lalu, SKMM menyekat catatan Facebook seorang peguam yang mengkritik keputusan kerajaan Selangor memberikan kontrak kepada sebuah syarikat milik suami pemimpin DAP Hannah Yeoh, dengan menuduhnya "membuli siber" menteri itu.
Shamsher Singh Thind telah memfailkan semakan kehakiman terhadap SKMM selepas agensi itu meminta Facebook mengenakan "sekatan geo" ke atas hantarannya mengenai Yeoh.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment