NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPM perlu ketatkan kawalan, pemantauan terhadap penerimaan dana - MBM



SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) digesa supaya memperketatkan kawalan dan pemantauan terhadap penerimaan dana daripada pihak luar bagi menjaga kepentingan serta kesejahteraan pelajar dan sekolah.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, tajaan daripada pihak tidak sepatutnya seperti syarikat arak akan menimbulkan persepsi negatif selain mencalarkan integriti sekolah sebagai tempat pembinaan sahsiah dan akhlak generasi muda.

"Pendidikan adalah bidang yang perlu dipelihara daripada pengaruh yang boleh menjejaskan moral dan etika pelajar.

"Semua institusi di bawah KPM perlu lebih cakna tentang sumbangan dan tajaan yang diterima dan tidak mengulangi perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Izaat Afifi selain itu berkata, semua institusi pendidikan di bawah KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan ditetapkan bagi memastikan sumber diperoleh tidak bercanggah dengan nilai murni dan prinsip pendidikan yang holistik.

Ujar beliau, MBM berdiri teguh bersama KPM dalam usaha memartabatkan sistem pendidikan negara agar bebas daripada pengaruh negatif dan mengekalkan nilai murni berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo