NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPM perlu elak tajaan sumber tidak baik, termasuk hasil arak – bekas Mufti Pahang



  • Peringatan itu disuarakan bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menjelaskan sekiranya sumbangan berkenaan tetap ingin digunakan ia dibolehkan bagi kegunaan awam seperti membina tandas dan padang di sekolah.
  • Bagaimanapun, sumbangan itu tidak boleh digunakan atau perlu dielakkan sekiranya bertujuan untuk pembelajaran secara langsung pelajar seperti membina surau atau membeli buku kerana ia ada kaitan dengan unsur ibadah.
  • “Sekolah kebangsaan Cina ini di bawah kementerian juga kan? Perkara-perkara yang melibatkan benda dilarang (sumbangan atau tajaan hasil jualan arak) itu adalah baik tidak dicampuri (dalam sistem pendidikan).
  • “Sebab kementerian ini di bawah kerajaan, kenapa perlu ada sumbangan-sumbangan (hasil jualan arak) begitu?,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau menjawab pertanyaan berkenaan hukum menerima tajaan hasil jualan minuman arak dalam sistem pendidikan dan kesannya kepada anak Muslim yang bersekolah di institusi pendidikan yang menerima tajaan hasil minuman keras, judi dan sebagainya.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diingatkan supaya mengelak menerima sumbangan atau tajaan membabitkan pembelajaran pelajar secara langsung daripada sumber tidak baik, termasuk sumbangan hasil jualan minuman keras.

Peringatan itu disuarakan bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menjelaskan sekiranya sumbangan berkenaan tetap ingin digunakan ia dibolehkan bagi kegunaan awam seperti membina tandas dan padang di sekolah.

Bagaimanapun, sumbangan itu tidak boleh digunakan atau perlu dielakkan sekiranya bertujuan untuk pembelajaran secara langsung pelajar seperti membina surau atau membeli buku kerana ia ada kaitan dengan unsur ibadah.

“Sekolah kebangsaan Cina ini di bawah kementerian juga kan? Perkara-perkara yang melibatkan benda dilarang (sumbangan atau tajaan hasil jualan arak) itu adalah baik tidak dicampuri (dalam sistem pendidikan).

“Sebab kementerian ini di bawah kerajaan, kenapa perlu ada sumbangan-sumbangan (hasil jualan arak) begitu?,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berkenaan hukum menerima tajaan hasil jualan minuman arak dalam sistem pendidikan dan kesannya kepada anak Muslim yang bersekolah di institusi pendidikan yang menerima tajaan hasil minuman keras, judi dan sebagainya.

Ini susulan tular gambar pembabitan syarikat minuman keras yang dikatakan menjadi salah satu penyumbang di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

“Budak (pelajar) yang belajar tak ada apa. Sebab, pelajar tu dia belajar semata-mata. Dia tak ada kena mengena pun (dengan sumbangan itu)… Dia tak melibatkan pelajar, hanya pihak penguasa sahaja lah,” kata Abdul Rahman.

Terdahulu, KPM menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

Justeru, kementerian itu mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan KPM supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

Peringatan itu diberikan susulan isu penganjuran program amal di sebuah sekolah yang melibatkan sumbangan syarikat minuman keras seperti dilaporkan media baru-baru ini dan kini ia berada dalam perhatian KPM serta siasatan lanjut sedang dijalankan. — The Merdeka Times






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo