NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPDN perkenal kempen 'Kurang Gula, Kurang Harga'

KPDN bakal perkenal kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ akan diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula dalam diet harian



PUTRAJAYA - Kempen ‘Kurang Gula, Kurang Harga’ akan diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula dalam diet harian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, beliau telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri hari ini bagi merangka kempen tersebut.

Antara yang terlibat dalam sesi libat urus itu adalah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

"Inisiatif ini dirangka khusus bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia di samping membantu mengurangkan kos rawatan dan perubatan susulan penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang terutama kandungan gula berlebihan,” katanya dalan kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) prihatin terhadap laporanTinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam orang dewasa atau 15.6 peratus daripada populasi orang dewasa di negara ini didiagnoskan sebagai penghidap penyakit diabetes.

Sehubungan itu. katanya, KPDN komited untuk memulakan beberapa langkah preventif dari sekarang bermula di peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.

Menurutnya, kempen tersebut akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.


Sumber | Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo